Sejarah Penubuhan

Dikenali sebagai kumpulan Shoutul Ikhwan dibawah bimbingan Ustaz Suhaimi pada tahun 2002 dan pada tahun 2005 kumpulan Shoutul Ikhwan berubah nama kepada Al Alif memandang berlakunya pertukaran ahli kumpulan dan pengurusnya. Di awal tahun 2006 kumpulan Al Alif telah kehilangan pengurusnya memandangkan Ustaz Zaidi telah melanjutkan pelajaran ke Indonesia menyebabkan kumpulan ini menyepi daripada dunia seni. Pada awal tahun 2007 kumpulan ini telah kembali menampilkan diri dalam dunia seni dengan berwajah baru dikenali sebagai kumpulan Fairuz di bawah bimbingan Muhammad Fikri. Kini kumpulan Fairuz telah berjaya merakamkan sebuah album bertajuk "Sebuah Harapan" dengan lagu lagu yang menggabungkan pelbagai irama.